Definition Of Class

Tuan Besar kah???


Orang Melayu selalu menganggap diri mereka tuan di tanah sendiri. Itu pon hanyalah kerana Perlembagaan Negara menjadi tempat perlindungan untuk berasa selamat dan terjamin. Tetapi itu hanyalah retorik semata2 saja. Lihatlah perusahaan2 besar di seluruh negara. Kebanyakan milik bangsa seperti Datuk Jimmy Chia dan Tan Sri A. Krishnan.

Orang Melayu ada jugalah sedikit seperti Tan Sri Syed Mokhtar, dan keluarga Pak Lambak yang membina perniagaan dengan produk Habhal nya yang terkenal seperti Kicap Kipas Udang. Tetapi yang nyata jumlah penguasaan perniagaan antara orang Melayu dengan bangsa lain amat ketara.

Jika dalam perniagaan kita kalah dalam bidang negatif pon kita kalah. Bukanlah saya menggalakan gejala negatif tetapi sekadar menunjukkan orang Melayu itu lemah dalam segala hal. Sebagai contoh:

Samseng Melayu:
1. Pau duit orang tepi jalan.
2. Pecah rumah dan curik kecil-kecilan
3. Try pau duit kat Puduraya dengan alasan duit tambang tak cukup.
4. Curik besi.
5. Ambik upah pukul orang.
6. Jual dadah kecil-kecilan.

Samseng Bangsa Lain:
1. Jual DVD.
2. Jual pelacur.
3. Jual orang.
4. Join perniagaan haram.
5. Pukul orang kalau perniagaan kena kacau.
6. Join perniagaan halal.

Perhatian, saya tidak menggalakan budaya negatif. Contoh adalah sekadar menunjukkan orang Melayu juga lemah dalam bidang negatif. Yang orang Melayu hebat hanyalah nafsunya yang besar untuk berbini ramai dan menambah skandal2 sama ada di peringkat sekolah, universiti mahupon telah hampir ke liang lahad.

Contoh lain adalah pelaburan dalam amanah saham. Berapa ramaikah orang Melayu yang mempunyai simpanan dalam ASB, ASW, dan lain2 amanah2 saham? Senang kata, jumlahnya terlalu sedikit berbanding dengan simpanan bangsa lain (kecuali ASB utk bumiputra).

Jika ASB boleh dibeli oleh bangsa lain sudah tentu mereka akan menghabiskan segala dana amanah tersebut.

Mungkin logik dikatakan jika ramai perempuan Melayu berkahwin dengan bangsa lain supaya suaminya boleh menggunakan isterinya sebagai proksi untuk melabur dalam saham2 yang dikhaskan untuk orang Melayu. Jika saya bukan orang Melayu saya pasti akan berbuat begitu.

Alhamdulillah saya orang Melayu Islam tidak perlu bersusah2 kerana kuota saham untuk kami masih banyak belum terjual. Semua bangsa ada masalah kewangan tapi mereka tetap memilik simpanan untuk masa kecemasan.

Janganlah makan disuap saja. Nikmatnya tak sama dengan menyuap menggunakan dengan tangan sendiri. Janganlah mudah berpuas hati dengan nikmat yang ada. Usahalah untuk menambahkan nikmat itu.

Sudah2 lah melepak di cafe pada waktu kerja, menggunakan Pajero untuk menghantar anak ke sekolah kemudian mengclaim bayaran untuk perjalanan.



p/s: Apa yang kita hebat sangat???

*Selamat Hari Raya Haji*



Melayu Boleh...

Cuba ini:





Kalau Atok 1, Atok 2, Atok 3 masih hidup pasti mereka akan kecewa. Mungkin mereka memang kecewa sejak masih hidup lagi sebab sikap kita tak berubah...

p/s: Saya tahu gunakan Bahasa Inggeris sikit2 saja. Tapi tidaklah sedikit seperti tahu gunakan perkataan 'I', 'You', 'So', 'Whatever', dan yang selebihnya dan rambut saya juga warna HITAM, tetapi jika ada warna lain pun mungkin sebab genetik. Maklumlah Pan Asian kononnya.

Tak Faham lah...

Umur saya 21 pada tahun 2009. Saya rasa saya muda sebab saya masih remaja. Tapi bila saya dengar perbualan orang sebaya saya, saya rasa pelik dan kadang-kadang tak faham.

Status dalam FB ditulis dengan huruf besar dan kecil bercampur-campur. Apa itu?

Setiap perbualan mesti ada kata-kata "Tau takpe", "Yela 2", dan lain-lain.

Owh ya dan setiap perbualan mesti ada perkataan "kot". Sebagai contoh, perhatikan dialog di bawah:

Orang A: Bila kau sampai ke sini?

Orang B: Pukul 10 pagi tadi KOT..

Apa maksud 'KOT' ini? Adakah mereka tidak pasti dalam perbualan atau saya yang ketinggalan zaman???

Trivia: Apakah bahasa remaja untuk 10 tahun akan datang???

p/s: 1001 nights restaurant and club st Pacific Hotel...

Agen Kapitalis

Merampas kapal terbang, merasuah agen Kerajaan, menguasai pasaran dadah, membuat konspirasi, membunuh musuh perniagaan. Merantau ke New York, Cuba, Moscow, dan akan ke Bangkok dan Barat Amerika.

Semua dah aku buat di sini


Kau?

Panggilan Dari London

Makanan jadi tak sedap bila makan sorang-sorang.
Betul, aku setuju. Aku dah biasa lihat manusia
makan makanan yang tak sedap.

Nasib baik aku tak begitu.

Proses Pembangunan Sumber Manusia Menjelang Tahun 2020


Okeh. Jumaat lepas kami pegi tgk movie 2012 kat TGV KLCC untuk midnight showing. Cuma datang dengan akak je. Suami dia tak ikot sebab nak lepak2 dengan adik dia yg baru sampai dari Segamat.

Jadi saya aka Mangsa Keadaan pon pegi jalan2 kat sekeliling situ. Dari Mac Machine masuk Crumpler masuk Vincci. Sampai Vincci si Mangsa Keadaan rasa pening2 lalat sebab ramai orang kat kedai tu dengan lampu kedai yang terang amat.

Jadi si Mangsa Keadaan pon pergi ke Topshop kat depan sana sikit.

Masuk Topshop. Sebab berkenan pula nak dengar muzik british pop (pelik betul masuk kedai nak dengar muzik).

Waktu tengah belek-belek jaket tu, ada dua orang awek cun dalam kedai yang sama. Sambil belek-belek baju, mereka bisik-bisik, yang seorang tu tunjuk-tunjuk si Mangsa Keadaan, lepas tu mereka sengih-sengih sesama sendiri.

Si Mangsa Keadaan check zip seluar. Tak terbuka pun. Mangsa Keadaan check baju. Tak terbalik mahupun koyak. Mangsa Keadaan tak pasti kenapa mereka tengok-tengok Mangsa Keadaan. Yang pastinya tak ada orang kat belakang si Mangsa Keadaan.


Kemudian. Mereka datang kat Mangsa Keadaan. Dengan dua helai baju lelaki. Uuu... sudah ketinggalan zamankah mengorat dengan belanja minum, lantas mereka mengorat dengan belanja baju?

Awek 1: "Adik, boleh mintak tolong tak? Jadi model."

Mangsa Keadaan: "Haaaa?" (nampak sebaya tapi panggil adik gak, lantaklah...)

(Dalam hati: Mereka ini dari modelling agency-kah?)

Awek 2: "Kami nak beli baju. Hadiah birthday. Untuk kawan kami. Lelaki. Dia kurus kulit macam adik. Tolong try dua baju ni. Kami nak tengok. Mana yang best."

Ooo...

Mangsa Keadaan: "Okay."

Masuk fitting room. Pakai baju 1. Keluar. Tangan kiri seluk poket. Kepala toleh 45 darjah ke kiri. Tangan kanan pegang dagu(sekadar mengikut arahan).

Mangsa Keadaan.Tiba2 jadi model dan muka saya dah merah sebab masih tak faham.

Awek 1: "Wah hah ha!"

Awek 2: "Try yang satu lagi."

Masuk fitting room. Pakai baju 2. Keluar. Kaki kangkang sedikit. Angkat kedua-dua tangan letak belakang kepala. Pusing pinggang sedikit ke kanan (ikut arahan lagi).

Awek 1: "Woh hoh ho! Yang mana adik rasa kami patut ambik?"

Mangsa Keadaan: "Yang first tadi. Yang ni fit sangat la. Macam gay."

Mangsa Keadaan. Model dan fashion consultant (boleh isi dalam resume nih).

Awek 2: "Serious? Macam gay?"

Mangsa Keadaan: "Ya."

Awek 2: "Okay, kami ambik baju ni. Kawan kami tu, dia gay."

Mangsa Keadaan: “Oh?”

Mangsa Keadaan. Model pakaian gay.

p/s: Jangan jalan sorang2 kat shopping complex.